Sinopsis drama My Girl
My Girl mengisahkan Julian, pemuda kacak graduan Universiti Harvard yang memikul tanggung jawab sebagai waris utama menguruskan empayar perhotelan datuknya, Greg.
Julian bukan saja berpelajaran tinggi dan berperwatakan menarik, malah penuh karisma dan serius dalam kerjaya dan misi hidupnya.
Namun, selepas mengetahui hajat datuknya yang tidak sihat, hanya satu perkara yang menjadi tumpuan utamanya iaitu menjejaki semula sepupu perempuannya, Hannah yang lama menghilang.
Terdesak dan kesuntukan masa, Julian tidak ada cara lain dan terpaksa mengupah Jasmine untuk menyamar menjadi Hannah.
Dikenali sebagai pemandu pelancong yang serba boleh, Jasmine juga licik dan bijak menyelesaikan krisis situasi selain fasih berbahasa Tagalog, Inggeris dan Mandarin.
Drama My Girl menyusuli drama bersiri, Marimar yang baru saja berakhir dan menemui penonton setiap Selasa hingga Khamis di TV3 jam 10 pagi mulai 17 Januari lalu.
Bersiaran untuk 35 episod, drama itu membariskan pelakon muda Filipina yang popular Kim Chiu, Enchong Dee (Nico), Nina Jose (Anika) dan Regine Angeles (Shiela).
0 ulasan:
Catat Ulasan