Aiman mentor 5, tidak percaya gosip yang mengatakan dirinya bakal menjadi menantu mentornya itu adalah penyebab kepada undiannya yang kurang. Jelas Aiman, dia dan Rahim Maarof telah pun menjelaskan kedudukan yang sebenar.
"Dakwaan yang dilemparkan kepada saya itu tidak benar. Ia adalah fitnah. Saya sudah pun berikan penjelasan sebelum ini. Saya rasa, kekurangan undian pada minggu ini adalah berdasarkan persembahan saya tadi. Bukan kerana sebab lain," ulas Aiman apabila ditanya tentang kedudukannya yang jauh ketinggalan.
Bagaimanapun, protege berusia 22 tahun ini tidak menafikan yang dia berasa tertekan dengan kedudukannya itu. Namun cuba bersikap positif agar tidak menjejaskan tumpuannya dalam pertandingan ini.
"Saya sudah cuba lakukan yang terbaik untuk kedua-dua persembahan tadi. Mungkin cara penyampaian saya tidak dapat puaskan hati juri. Tetapi saya tidak mahu jadikan ini halangan untuk saya terus berusaha. Setiap kritikan yang diberikan, saya akan jadi panduan untuk buat yang lebih baik.
Memang banyak yang perlu dipelajari lagi memandangkan saya tidak banyak pengalaman menyanyi seperti protege-protege lain," ujar Aiman lagi.
Sementara itu, Datuk Hj Ramli MS turut menyangkal pendapat yang mengatakan Aiman hanya bersandarkan rupa paras tetapi tidak boleh menyanyi. Menurut juri profesional ini, Aiman boleh menyanyi, cuma dia perlu berusaha lebih kuat kerana kurang pengalaman dan pendedahan.
Pada konsert kedua Kumpulan B malam tadi, Aiman tampil mempersembahkan medley empat lagu hit yang terdiri daripada Ekstravaganza (Bunkface), Larut (Dewa), ACKKC (Rahim Maarof) dan Holy Diver (KillswitchEngage) untuk segmen solo. Manakala untuk persembahan duet, Aiman menyampaikan lagu Aku dan Dirimu (Ari Lasso & Bunga Cinta Lestari) bersama Shiha, protege Sharifah Aini.
Minggu ini Aiman hanya memperolehi 43 markah berbanding sebelum ini 48 markah.

0 ulasan:
Catat Ulasan