Salma berjaya memikat penonton dan juri profesional dengan memberikan persembahan yang cukup hebat. Terutama ketika menyampaikan lagu 'Bukan Milikmu Lagi' yang dipopularkan oleh Agnes Monica.
Persembahan duetnya bersama Ratnah menyanyikan lagu Rama-Rama (Ella) juga tidak menghampakan.
Jadi tidak hairanlah mengapa Mas Idayu memberi pujian melangit kepada protege ini. Menurut Mas Idayu, Salma tidak bagus, tetapi dia hebat.
Mengulas tentang kedudukannya itu, Salma memberitahu dia gembira kerana ramai yang mengundi untuk dirinya. Tetapi, dia tidak mahu berasa cukup selesa kerana percaya segala kemungkinan boleh berlaku dalam sesebuah program realiti.
"Memang saya gembira apabila mendapat markah tertinggi dalam kumpulan ini. Tetapi saya tidak boleh berasa selesa kerana apa-apa pun boleh berlaku dalam pertandingan sebegini. Saya perlu fokus untuk pastikan persembahan saya selepas ini akan bertambah baik daripada hari ini. Masih banyak yang perlu saya perbaiki, '' ulas Salma ringkas.
0 ulasan:
Catat Ulasan