Fatine Young, 38, yang dilahirkan sebagai Mohammed Fazdil Bahari di Malaysia berkata, suaminya, Ian Young tidak melayannya dengan baik selepas dia berpindah ke United Kingdom untuk tinggal bersamanya.
"Dia tidak mempedulikan saya. Ia adalah sesuatu yang amat menyakitkan apabila seorang lelaki yang kita cintai melayan kita seperti itu.
"Saya telah mengorbankan hidup saya semata-mata untuk dia, tetapi dia tidak menghargai saya," katanya kepada The Daily Mail semalam.
Fatine membuat kenyataan itu selepas suaminya mendedahkan telah ditinggalkan selepas menghabiskan wang sebanyak 12,000 pound (RM60,000) untuk membantunya mendapatkan visa.
Menurutnya, pada malam dia meninggalkan suaminya itu, berlaku satu pertengkaran besar dengan Young bertindak keluar dari rumah mereka di Pear Tree dan membiarkannya berseorangan tanpa sebarang wang.
Young yang juga bekas pengurus sementara sebuah sekolah sebelum ini pernah mengaku tidak melayan isterinya dengan baik. - AGENSI
0 ulasan:
Catat Ulasan