Menurut Afdlin, Ratnah telah menghadiri beberapa sesi kelas vokal sejak konsert kedua Kumpulan A. Oleh itu, kawalan vokal Ratnah sepatutnya lebih baik daripada minggu-minggu terdahulu. Dari segi pilihan lagu, Afdlin melihat Ratnah selesa dengan lagu rancak, jadi lagu yang dipilih untuk minggu ini adalah 'fast numbers'.
Tambahan Afdlin, persembahan minggu ini akan menyaksikan sedikit sentuhan 'Afdlin Shauki'. Apakah sentuhan itu? Nantikan artikel GUA seterusnya Sabtu apabila kami meninjau sesi latihan akhir di Auditorium MBSA.
Mengikut perkiraan Afdlin, markah yang dipungut protege Dato' Sharifah Aini, Shiha adalah terlalu jauh untuk dipintas. Dengan itu, Afdlin memberi laungan 'amaran' kepada Noh dan protegenya Ayish agar berhati-hati. Pasukan Afdlin & Ratnah sedang mengejar mereka!
Sebelum mengakhiri temubual, Afdlin juga memberitahu yang dia telah berpesan kepada Ratnah agar lebih berdisiplin dalam persembahan. Apa yang dirancang semasa latihan dan 'sound check' harus dituruti ketika konsert.
Saksikan Ratnah dan protege Kumpulan A Ahad ini, jam 9 malam di TV3.
~ GUA

0 ulasan:
Catat Ulasan