Kes tangkapan Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy berlarutan dengan pelbagai spekulasi dan pelbagai kontroversi berkenaan tangkapan Benjy kerana ibunya tidak mempercayai anaknya mengedar dadah dan mempunyai makmal mini di kepong.

Itu cerita tahun lepas, setelah senyap beritanya hampir setahun Benjy kini telah habis menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Akhlak di Muar Johor pada 17 Mac lalu , dan baru-baru ini ketika hampir hari perbicaraannya beliau telah dimasukkan ke Pusat Pakar Damansara kerana mengidap asma sejak selasa lalu. disebabkan Benjy diserang asma secara tiba-tiba, perbicaraannya ditangguhkan.

Code:
"Saya tidak tahu bila Benjy akan dibenarkan keluar kerana doktor masih memberikan rawatan dan melakukan pemeriksaan.Benjy juga perlu mengambil oksigen setiap 4jam atau apabila dia mengalami kesukaran untuk bernafas" Kata ibunya, seniwati Azean Irdawaty apabila di temui di pusat perubatan tersebut.

Perbicaraan yang sepatutnya dibicarakan pada hari rabu ditangguhkan sehingga keesokan harinya (khamis 21/4/2011).

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top