Rain kalahkan Obama
BINTANG terkenal Korea Selatan, Rain, telah dinobatkan sebagai individu nombor satu paling berpengaruh di dunia oleh sebuah undian yang dibuat secara maya.
Undian yang dibuat oleh majalah Time dengan menamakan carta itu sebagai 2011 Time 100, menyaksikan Rain menewaskan 204 orang peserta yang turut disenaraikan dalam carta undian tersebut.
Rain menerima undian sebanyak 439, 251, sekali gus menumpaskan ‘pencabar’ terdekatnya, bintang popular dari Taiwan, Jay Chou yang menduduki tangga kedua dengan undian 229, 442, manakala penyanyi Britain, Susan Boyle, berada pada posisi ketiga dengan undian sebanyak 167,711.
Selain menewaskan dua selebriti tersebut, penyanyi dan pelakon yang kini sedang bersiap sedia untuk memasuki unit tentera Korea sebagai satu kewajipan rakyat negara tersebut turut menumpaskan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.
Selain Zuckerberg, Rain yang sudah enam tahun berturut-turut tercalon dalam undian yang sama turut mengalahkan nama besar seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang hanya menduduki posisi ke-46 serta Oprah Winfrey yang berada di tangga ke-84.
0 ulasan:
Catat Ulasan