Misteri status kekasih Misha

hi 01.1


MAKIN matang, makin bijak mematahkan 'peluru berpandu' yang dimuntahkan kepadanya, makin cantik dan makin 'panas', penyanyi Misha Omar pada usia 29 tahun ini sedang menempuh gelombang hidup yang agak ganas.

Ini kerana dia terus diserang barah cerita sudah berkahwin secara rahsia. Lebih memanaskan cerita tersebut, lelaki yang dikahwini Misha itu didakwa sebagai suami orang dan Misha menjadi isteri ketiga kepada lelaki dengan status seorang usahawan berjaya itu.

Sudah puas dia menepis. Puas juga menafikan dakwaan kurang berasas itu. Namun ia datang juga, mengikut angin taufan yang belum mahu berhenti melanda dirinya.

Sehingga akhirnya dia lelah, penyanyi ini dengan tegas memberitahu: "Selepas ini jangan marah jika saya mula menjawab soalan tentang peribadi saya dengan jawapan tak mahu komen.

"Selama ini, saya telah berusaha jujur dengan semua pihak. Saya tidak salahkan media apabila cerita ini terus berulang kerana saya faham selagi ada sumber, selagi itu ia akan dipaparkan. Dan selagi saya melayan pertanyaan, selagi itu akan ada cerita.

"Justeru, saya fikir, jika saya tidak menjawab lagi pertanyaan yang boleh menjadi panjang, tetapi hanya mengatakan tiada komen, mungkin itu lebih baik," katanya sewaktu ditemui pada majlis pelancaran album kompilasi Dia…Misha di Celebrities Club, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

hi 01.2

PADA usia 29 tahun, Misha sudah cukup matang untuk mengharungi nista dan cabaran yang datang kepadanya.


Menurut anak kelahiran Kelantan ini, sebagai seorang wanita yang sudah meningkat usia, dia mempunyai keinginan berkahwin, malah sudah bersedia untuk menjadi isteri orang. Dia juga mengaku takut terkena badi tidak berkahwin kelak.

Tetapi katanya, selagi kekasih hati tidak melamar atau menghantar rombongan meminang, bagaimana dia hendak melangkah ke alam perkahwinan yang hangat disensasikan segelintir pihak.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya memang sudah punya kekasih, tetapi saya menafikan saya telah berkahwin. Jangan risau, saya tidak akan menyorokkan kisah saya berkahwin kepada umum. Jika tiba masanya nanti, akan saya kongsi bersama.

"Hanya buat masa ini, memang saya belum berkahwin. Sebagai wanita yang sudah berusia 29 tahun, saya juga ingin berkahwin. Jujur, saya takut badi tak kahwin. Dan saya tidak mahu berkahwin hanya kerana tekanan seperti sekarang," katanya lagi.

Didesak membocor rahsia adakah benar dia kini menjalin cinta dengan suami orang, pemilik suara gemersik ini ringkasmenjawab: "Itu adalah misteri yang belum boleh saya jawab."

Namun apabila terus diasak, pendek juga jawapan Misha. Dalam tawa namun penuh makna, Misha menjawab: "Bagi isteri yang sempurna, tak perlu risau dengan Misha Omar, tapi mungkin kalau kurang sempurna, perlu ada kerisauan sedikit."

hi 01.3

MISHA sempat mendendangkan empat buah lagu pada majlis pelancaran album kompilasi yang mengandungi 16 buah lagu itu.


Ditanya adakah gosip tersebut mampu membunuh karier sembilan tahun yang dibina dan bolos kontroversi, Misha mengangguk kecil. Kemudian secara rasional dia memberitahu, gosip tersebut tidak sehingga memusnahkan kariernya, tetapi mengaku, ia melumpuhkan sedikit semangatnya sebagai anak seni.

"Saya faham benar, inilah pakej yang datang seiring dengan kerjaya yang saya pilih. Walaupun kadang-kadang saya fikir ia melelahkan, tapi saya harus bertenang. Sebagai seorang wanita yang semakin dewasa dan matang, saya rasa saya boleh menangani hal ini dengan sebaik mungkin," jelasnya.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top