![[Image: screen-shot-2011-04-12hjfl.png]](http://www.abload.de/img/screen-shot-2011-04-12hjfl.png)
Demam Justin Bieber makin hangat. Sekarang, mana-mana gadis yang kami jumpa mesti bertanya, "eh you pergi konsert Justin Bieber?" , "You ada tiket lebih?". Wah, sedap-sedap kau je nak tiket lebih ye..
Dalam pada masa yang sama, CEO TuneTalk, Jason Lo membuat pengumuman di Twitter bahawa penyanyi Mizz Nina akan membuat konsert Justin Bieber sebagai artis jemputan. Fuh, laku betul Mizz Nina ni. Rasanya, hampir setiap konsert berskala besar dibuka oleh Mizz Nina, kan?
Konsert yang berlangsung pada 21 April ini bukan sahaja menarik minat pelbagai golongan remaja, malah VVIP. Kami dengar, MP Khairy Jamaluddin & Datuk Mukhriz Mahathir akan berada di Stadium Merdeka pada hari tersebut. Bukan itu sahaja, kami dengar juga keluarga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin akan turut serta memeriahkan konsert tersebut bersama rakyat jelata.
Kami harap, pihak pengurusan Justin Bieber tahu etika & protokol orang istana ketika membuat persembahan. Bukan apa, kami nak elakkan perkara-perkara yang mungkin boleh menjejaskan institusi raja ketika konsert itu berlangsung.
Sumber
Sumber : Jiwang
0 ulasan:
Catat Ulasan