* ROZITA sudah lali dengan gosip dikaitkan dengan pelbagai lelaki. Biar sesekali terasa hati, namun dia bertahan kerana tahu semua cerita itu palsu.
TENTU ramai yang masih ingat lagi tentang pengumuman mengejut Rozita Che Wan pada tahun lalu yang membuat keputusan untuk bersara daripada dunia lakonan.
Ketika itu boleh dikatakan ramai peminat yang begitu terkejut dengan pengumuman Rozita memandangkan ketika itu dia sedang berada di puncak karier.
Sehingga ada pihak yang mengatakan pelakon yang popular menerusi drama bersiri Kiah Perkasam itu mahu bersara kerana ingin mendirikan rumah tangga biarpun dinafikan sekeras-keras oleh empunya diri.
Pada masa itu, dia mengaku mempunyai seorang kekasih yang juga teman lamanya yang bertugas di Singapura dan pernah dilamar jejaka tersebut untuk berkahwin.
Bagaimanapun, apabila memasuki tahun 2011 pelakon berkenaan tiba-tiba membuat pusingan U apabila dilihat terus berlakon dan hasratnya untuk bersara seperti telah dilupakan.
Apatah lagi, kisah percintaan dengan kekasihnya itu terus tenggelam, sebaliknya dia dikaitkan pula dengan juara Akademi Fantasia 8, Shahir..
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan