Enam bulan bertungkus-lumus di studio, akhirnya Estranged boleh menarik nafas lega. Single terbaru mereka, “Pengganti” sudah siap, malah klip video pun dah ada sekali, untuk tontonan umum sejak semalam di facebook mereka (www.facebook.com/estrangedband).

GUA sempat menyaksikan video ini minggu lalu, walaupun ketika itu hanya 60% siap. Itu pun sudah cukup ‘impressive’. Dan sebaik saja mendapat produk akhirnya lewat malam tadi, GUA dan rakan-rakan sekerja semuanya terpegun dengan hasilnya yang sememangnya mengagumkan dan bertaraf antarabangsa.

Klip video “Pengganti” merupakan kerjasama di antara Estranged dengan Playhouse-Pictures dan Asia-Pacific Videolab (APV).

Sedikit info mengenai video tersebut, penggambaran yang sepatutnya dijalankan pada Januari lalu terpaksa ditangguh kerana Estranged gagal menemui pengarah video yang sesuai, yang dapat menyampaikan mesej lagu dari segi ‘storyboard’ dan konsep. Sehinggalah mereka ditemukan dengan Cheong dari Playhouse-Pictures.

Penggambaran mengambil masa 18 jam di sebalik sebuah ‘green screen’ sementara kerja-kerja pasca-produksi menelan masa dua bulan.

Di sini, GUA kongsikan klip video “Pengganti” untuk tontonan pelayar GUA semua.

 

 






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top