Zixan, Juliana penyiasat imej
Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my
ZIZAN dan Juliana masing-masing diberi tanggungjawab menjadi Ayu dan Tampan.
SELEPAS beberapa kejayaan program bual bicara mengenai kecantikan dan kesihatan selama beberapa musim, tiga jenama kecantikan dan kesihatan, Yun Nam Hair Care, London Weight Management dan New York Skin Solution sekali lagi bergabung untuk menghasilkan satu lagi program siri kecantikan yang diberi judul Ayu dan Tampan – Penyiasat Imej.
Program ini bertujuan untuk membuka peluang baru bagi para penonton yang berdepan dengan masalah kecantikan dan inginkan inspirasi untuk menyelesaikan masalah mereka yang mana kali ini ia dikendalikan oleh dua pengacara muda Zizan Nin dan Juliana Ibrahim yang memegang watak sebagai Ayu dan Tampan.
Kelainan yang ditampilkan program itu adalah penceritaan bual bicara diolah menjadi seperti sebuah drama yang mana Ayu dan Tampan menjadi penyiasat imej bagi sebuah syarikat majalah.
Misi mereka adalah untuk menjejak pelanggan-pelanggan yang telah berjaya transformasi imej mereka setelah mendapat bantuan pakar.
Justeru Zizan dan Juliana diberi mandat besar untuk membantu kelancaran program tersebut dengan bertemu pelanggan sebenar yang pernah menggunakan produk kecantikan dan kesihatan tersebut.
"Ini ialah pengalaman yang menarik kerana penceritaannya yang memasukkan unsur drama dan bukan seperti program-program yang disiar mereka sebelum ini.
"Kami sebagai penyiasat imej akan diberi tugasan oleh bos kami iaitu seorang datin muda dan untuk mendapatkan tugasan. Kami akan keluar bertemu pelanggan untuk mengetahui pengalaman mereka.
"Menariknya, Ayu dan Tampan sering bertengkar untuk menjadi yang terbaik," tutur Zizan yang juga pernah mengendalikan program Pakar Kejelitaan musim ketiga tidak lama dahulu.
Lain pula dengan Juliana yang sedikit teruja, kerana katanya ini merupakan pengalaman sulung dia mengacarakan program kecantikan.
"Ini bermaksud mereka sudah boleh menerima saya sebagai seorang hos yang matang bagi mengendalikan program dewasa. Setelah lama berehat untuk menjaga keluarga, saya gembira diberi peluang di dalam projek seumpama ini," bicara Juliana yang sebelum ini terkenal dengan mengacara program kanak-kanak, Chicky Hours.
Tambahnya lagi, program ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi terhadap diri kerana selama ini dia tidak begitu endah mengenai pemakanan oleh kerana mempunyai susuk tubuh yang kecil.
"Sebelum ini, saya kurang menitik-beratkan soal pemakanan kerana sosok tubuh saya yang kecil. Tetapi selepas mengendalikan program ini, saya mula mengambil berat dan tahu bahawa walaupun saya kurus, saya harus bijak menjaga pemakanan," katanya yang memiliki berat badan sebanyak 41 kilogram.
Sementara itu, program tersebut juga menawarkan peluang kepada pelanggan mereka yang bertuah untuk menjadi model penghias muka depan majalah untuk individu yang inginkan perubahan imej.
Peraduan tersebut terbuka kepada semua warganegara yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai masalah rambut, berat badan atau kulit. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Chen Mayee atau Tong Wen Hui di talian 016-3209570 dan 017-3226140.
0 ulasan:
Catat Ulasan