Anugerah disampaikan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin kepada ibu Noramfaizul, Naemah Abd Majid, 63, dan isteri Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, sempena persidangan pergerakan berkenaan.
Ia sebagai penghargaan kepada Noramfaizul yang disifatkan pejuang berani. Allahyarham meninggal dunia selepas terkena tembakan curi ketika membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, awal September lalu.
Tahun lalu, anugerah diberikan kepada Pengasas dan Pengerusi Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju.
Pada majlis itu, Khairy turut menyampaikan Anugerah Khas Pemuda UMNO kepada Ketua Pemuda Sabak Bernam, Abdul Samad Dawood kerana jasanya menyelamatkan seorang kanakkanak berusia tujuh tahun yang hampir lemas di Sungai Besar, Selangor, Jun lalu.
0 ulasan:
Catat Ulasan