“Antara ketiga-tiga lagu ini mungkin lagu yang dinyanyikan oleh Jac akan mendapatkan sambutan memberansangkan kerana lagu ini diletak pada penghujung filem ini dan sudah pasti ia boleh memberi impak kepada penonton. Selain itu, nama Jac juga boleh membantu. Bagaimanapun, saya harap ketiga-tiga lagu ini mendapat sambutan dan dimainkan di corong-corong radio. Remy dan Forteen juga berjaya menyampaikan lagu Seperti Dahulu dan Kelip-kelip dengan baik,” ulas Edry.
Mengulas tentang nyanyian Remy Ishak pula, Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke -23 ini memberitahu dia berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh hero itu.
“Saya berbincang dengan Remy tentang projek filem ini ketika kami terserempak di sebuah gim. Ketika itu saya beritahu dia yang saya sedang mencari seorang hero yang boleh berlakon dan menyanyi. Remy terus tunjukkan minat dan minta saya dengar nyanyian dia dahulu. Selepas dia datang ujibakat, saya puas hati dan saya rasa dia boleh menyanyi. Mula-mula memang dia agak cemas dan tidak boleh menyanyi dengan baik, tapi selepas diberi tunjuk-ajar, dia boleh lakukan. Remy boleh bawa lakonan dalam format nyanyian. Untuk single Kelip-Kelip itu, dia buat dua kali sahaja,” ujar Edry.
Dalam masa yang sama, Edry juga memberikan sebab mengapa dia menggunakan tiga lagu sebagai lagu tema. Jelas komposer hebat ini, keputusan itu dibuat selepas dia mempelajari sesuatu daripada filem Magika.
“ ‘Magika’ dahulu hanya menggunakan satu lagu sebagai lagu tema dan saya rasa ia tidak dapat menceritakan keseluruhan cerita. Jadi untuk ‘29 Februari’ ini saya buat tiga buah lagu untuk disesuaikan dengan situasi. Jadi mesejnya lebih jelas dan penonton akan lebih mudah memahami lagu-lagu ini. Namun, untuk menghayati lagu ini dengan baik, kena tonton filem ini terlebih dahulu. Barulah dapat gambaran situasi yang sebenar,”ujar Edry yang mengakui skor muzik adalah salah satu kekuatan ‘29 Februari’.
0 ulasan:
Catat Ulasan