Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin yakin Versus bakal diteruskan untuk musim kedua dan tidak menolak idea untuk mengadakan siri konsert jelajah.

“Versus telah mengalami evolusi tersendiri. Mungkin pada mulanya ada yang berasa bimbang dengan penerimaan orang ramai terhadap konsep unik dan segar ini kerana khazanah muzik yang ditinggalkan oleh pemuzik terdahulu amat membanggakan. Kreativiti yang ditampilkan oleh band dalam Versus sebaliknya telah membuktikan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk evolusi muzik yang lebih besar.”

“Sejak tiga minggu terakhir ini kami menerima banyak komen yang memuji idea segar yang ditampilkan program ini. InsyaAllah, Versus musim kedua bakal menyusul. Kami akan meneruskan pencarian untuk mendapatkan band-band generasi baru tempatan untuk program ini musim akan datang. Kemungkinan untuk siri konsert jelajah menjelangnya musim kedua juga bakal menjadi kenyataan.”

Kumpulan Hujan

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar pula berkata Versus amat diperlukan oleh industri muzik untuk melangkah ke hadapan.

“Versus membuka mata saya bahawa wujudnya bakat luar biasa dalam industri muzik tempatan. Versus bukan program yang menampilkan sekadar nyanyian, malah pelbagai aspek dalam seni persembahan yang mengasah kreativiti band, gaya persembahan dan pengurusan sesebuah band yang bertanding. Inilah yang diperlukan oleh industri kita untuk mengangkat taraf muzik kita ke tahap yang lebih tinggi lagi.”

Tambah Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Encik Seelan Paul, pengaruh Versus sangat besar terutamanya di media sosial yang kini menjadi trend remaja, golongan sasaran program ini.

“Versus juga popular di media sosial apabila hashtag #VersusMY berjaya mengumpul lebih 502 juta impressions dengan 8.7 juta capaian (reach) daripada lebih 47 ribu jumlah tweet. Malam ini program ini berada di kedudukan pertama dalam senarai topik perbincangan (trending topic) di Twitter. Versus sangat besar di luar sana terutamanya kepada golongan remaja yang menjadi kelompok sasaran program ini.”

Daya kreativiti band tempatan yang selama ini disekat oleh batas pemikiran yang tidak diberikan ruang secukupnya untuk berkarya akhirnya berjaya diluahkan di pentas Versus.

Kumpulan Hujan dinobatkan sebagai ROCKSTAR Versus dalam Konfrontasi Terakhir Versus musim pertama.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top