Program Raikan Wanita Astro: Wany Ardy
Program Raikan Wanita kali ini membawakan anda seorang wanita yang cukup kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan seharian. Wany Ardy merupakan seorang penulis kreatif, penyanyi dan penyajak yang cukup popular menerusi buku himpunan puisi Langit Vanilla dan Mesin Cahaya Masa hasil nurkilan beliau.
Wany sangat aktif dengan di sebalik tabir projek-projek seni terutama dalam bidang penulisan skrip dan lirik.
Semuanya bermula selepas Wany disahkan menghidapi penyakit ‘Rokitansky Syndrome’ atau lahir tanpa uterus. Perkara tersebut membuat wanita tabah ini merasakan dia tidak mungkin akan bertemu jodoh di atas kekurangan yang dimilikinya.
Lebih menyedihkan Wany telah melalui pelbagai kekecewaan dalam percintaan akibat kekurangannya itu. Namun Allah SWT itu Maha Adil, setiap kekurangan pasti ada hikmahnya. Wany akhirnya bertemu jodoh dengan seorang jejaka yang sanggup menerima kekurangannya.
Perjalanan hidup Wany Ardy memberi sumber inspirasi wanita-wanita diluar sana untuk terus menjalani kehidupan seharian dengan pelbagai dugaan dan cabaran.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Wany Ardy, jangan lupa untuk menonton ‘Raikan Wanita’ yang akan bersiaran setiap Rabu, 9.30 malam di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).
‘Raikan Wanita’ merupakan sebuah program yang memaparkan kehidupan 13 orang personaliti hebat dalam setiap episod menerusi beberapa segmen seperti latar belakang, perjalanan karier dan kehidupan pahit manis mereka.Antara personaliti yang terlibat ialah Mawar Abdul Karim (Fareeda), Pandalela Rinong dan ramai lagi!

0 ulasan:
Catat Ulasan