Kontroversi Peluk Artis K-Pop Kini Tersebar Di Korea
Kontroversi aksi peluk cium yang melibatkan kumpulan K-Pop B1A4 bersama gadis bertudung yang menjadi viral kini sudah pun tersebar di Korea.
Difahamkan pihak media Korea sudah mula melaporkan mengenai isu tersebut di portal-portal mereka sejak petang Isnin.
Antara beberapa portal yang memainkan isu tersebut ialah Soompi, AllKpop Koreaboo dan Mwave di mana ia merupakan antara portal yang mempunyai pembaca setia yang datangnya dari seluruh negara.
Artikel yang bertajuk ‘Netizens express disapproval at the skinship between Malay fans and B1A4 (Allkpop) dan ‘B1A4 Criticized for getting too friendly with a fan during Fan Meeting in Malaysia’ (Soompi) telah mengundang pelbagai reaksi peminat.
Malah ada juga yang meluahkan rasa tidak puas hati mengenai perkataan ‘cabul’ setelah mereka melihat sendiri aksi diantara peminat dan juga anggota kumpulan B1A4 itu menerusi video yang telah diviralkan.
Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan oleh pembaca portal tersebut:
Terdahulu, kumpulan B1A4 yang dianggotai oleh lima anak muda iaitu Gongchan, Sandeul, Baro, CNU dan Jinyoung telah menjemput peminat bertuah dan secara kebetulan ia terdiri daripada wanita bertudung untuk menyertai aktivit di atas pentas.
Ativiti tersebut merupakan babak romantik dalam drama-drama bersiri popular Korea di mana peminat perlu beraksi bersama mereka seperti adegan tersebut.
Namun aksi itu telah mengundang kontroversi berikutan tersebarnya video tersebut yang menjadi viral.
Konsert 'B1A4 Live in Kuala Lumpur' telah berlangsung pada Sabtu bertempat di Live Center.

0 ulasan:
Catat Ulasan