Penyanyi Awie berkongsi hak penjagaan tiga anak dengan Rozana
“Selepas ini saya akan berjumpa anak-anak di tempat yang selamat seperti di sekolah mereka, bukan di rumah yang saya kena hempuk.”
Demikian reaksi isteri kepada penyanyi rock terkenal, Rozana Misbun, 37, yang bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam yang membatalkan perintah hak jagaan anak sementara (hadanah) sebelah pihak (ex-parte) yang diperoleh Awie pada tahun lalu.
Dengan keputusan terbabit, Awie kini terpaksa berkongsi hak penjagaan ke atas tiga anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezkki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 4, bersama Rozana.
Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain turut memutuskan seluruh permohonan yang dikemukakan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, selepas kes itu termasuk hak jagaan anaknya secara kekal juga terbatal dengan mahkamah mengenakan kos RM5,000 terhadap penyanyi itu.
Keputusan mahkamah itu sekali gus membolehkan Rozana yang merupakan adik pelakon Haliza Misbun mene-mui ketiga-tiga anak mereka tanpa sebarang halangan daripada Awie pada bila-bila masa.
Mohd. Amran dalam penghakimannya berkata, mahkamah menekankan dua perkara berdasarkan permohonan Awie ketika mendapat perintah hadanah sebelah pihak sebelum ini.
“Isu pertama iaitu mengenai pemastautin Awie yang mana mahkamah menolak permohonan itu ekoran Awie menggunakan Mykadnya yang beralamat di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, namun permohonan bagi tempat tinggal dan alamat untuk jagaan anak mereka menggunakan alamat di Ukay Perdana, Ampang, Selangor,” katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan