Kevin Zahri Bersemangat Mahu Khatam Al-Quran Tahun 2015

Kevin Zahri memasang hajat berazam dan nekad mahu Khatam Al-Quran pada tahun ini selewat-lewatnya selepas bulan Syawal.

Menurut Kevin, ketika tinggal di Jerman dia tidak mendapat didikan agama yang secukupnya kerana kekurangan tenaga pengajar yang bertauliah untuk memberi bimbingan.

Namun setelah pulang ke Malaysia niatnya untuk mendalami ilmu islam terutama Al-Quran amat berkobar-kobar dan impiannya itu perlu ditunaikan.

“Alhamdulillah saya sudah baca Al-Quran juzuk 16 iaitu Surah Yusuf. Pada mulanya bacaan agak kelam kabut dan tidak lancar.

“Saya dapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada seorang ustazah yang datang ke rumah. Dia juga turut memberi ilmu dan ceramah berkaitan Islam,” jelas Kevin.

Tambah jejaka berusia 35 tahun ini lagi masih belum terlambat untuk dirinya khatam Al-Quran dan ianya juga boleh dijadikan inspirasi kepada Muslim yang lain.

“Saya tidak malu untuk menceritakan hajat saya ini. Sebagai Muslim kita seharusnya berpegang teguh pada Al-Quran dan wajar membacanya sehingga khatam kerana mendapat fadilat dan pahala di sisi Allah SWT,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu Kevin mengakui hidup semakin tenang dan teratur apabila membaca Al-Quran dan mendalami ilmu agama. Malah dia berharap agar niatnya itu tidak disalah erti sesetengah pihak.
Sumber: Portal Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top