Hafiz Suip Bertunang 27 Februari
Penyanyi Mohd Hafiz Suip bakal melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya pada 27 Februari depan.
Hafiz berkata, majlis tersebut akan diadakan di Hotel Pullman, Kuching yang bakal dihadiri oleh ahli keluarga, rakan taulan dan pihak media.
Selain itu, pelantun suara ‘Matahari’ itu turut memberitahu telah merisik bakal tunangnya di Kuching, Sarawak pada 21 Disember tahun lalu.
"Sebelum ini upacara merisik telah diadakan di rumah bakal tunang saya.
"Gadis pilihan saya itu dikenali sebagai 'Effy' dan kemungkinan majlis perkahwinan saya akan diadakan pada tahun 2016 setelah si dia tamat pengajian”, katanya.
Hafiz bersyukur akhirnya ditemukan jodoh dan serunya untuk menjadi suami telah tiba.
“Identiti bakal tunang saya tidak boleh dedahkan secara mendalam atas permintaan saya kerana ingin menjaga privasinya yang kini masih dalam pengajian di sebuah universiti,” seloroh Hafiz tersenyum.
Mereka telah mengenali hampir 5 tahun yang lalu sebelum Hafiz menjadi seorang penyanyi. Sepanjang tempoh itu, Hafiz tidak mengetahui bakal tunangnya itu menaruh hati dan perasaan terhadap dirinya.
“Saya tertarik dengan dia kerana menghormati orang tuanya, dan amat lemah lembut. Itu contoh terbaik untuk dia untuk menghormati ayah dan ibu saya,” kata Hafiz mengakhiri perbualan.
Sumber: Portal Murai.com.my

0 ulasan:
Catat Ulasan