Ezany Nafi Kahwin Lain 2 Wanita

Pelakon, Ezany Nizariff menafikan dakwaan isterinya, Lizda Syanti yang dia telah berkahwin dengan dua wanita serentak di Perlis baru-baru ini.

Ezany Nizariff akui terkejut apabila seorang pihak polis memberitahunya mengenai dakwaan isterinya itu.

"Sebenarnya saya dipanggil pihak polis atas tuduhan mencuri kereta isteri saya selepas dia sendiri membuat laporan.

"Saya tak mencuri kerana itu kereta saya. Walaupun kereta itu atas nama isteri saya tapi saya yang membayarnya serta penjamin ke atas kereta tersebut. Jadi saya ada hak.


"Selepas dituduh mencuri kereta, sarjan dari balai polis itu ada memberitahu yang isteri saya mendakwa saya sebenarnya sudah berkahwin lain pula. Berkahwin dengan dua wanita di Perlis.

"Saya terkejut dan dalam masa yang sama rasa kelakar pun ada bila dengar cerita itu kerana ianya sama sekali tak benar. Saya ke Perlis untuk balik melawat orang tua saya sahaja," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ezany diminta mengulas selepas dia memuat naik status di laman sosial Facebook mengenai dakwaan isterinya itu kelmarin.

Ezany bagaimanapun kesal dengan sikap isterinya itu kerana tidak henti mahu mengaibkannya sejak mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

"Saya rasa dia sengaja reka cerita supaya boleh aibkan saya. Dia memang tidak akan berhenti hendak aibkan saya sehingga cerita sebegini keluar. Saya pun tak faham mengapa.

"Malah saya pun tak tahu bagaimana hendak selesaikan masalah kami kerana sehingga kini dia masih belum pulang apatah lagi hadir ke mahkamah untuk proses perbicaraan perceraian kami.

"Terus- terang saya sudah tiada hati untuk bersamanya sebagai suami isteri lagi. Cuma saya mahu dia hadir ke mahkamah untuk selesaikan proses mahkamah sebelum kami bercerai ," luahnya lagi.

Terdahulu Ezany mengemukakan permohonan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap isterinya di mahkamah sama pada 22 Julai 2014 setelah wanita itu keluar dari rumah kelamin mereka di Seri Kembangan pada 17 Julai lalu.

Isterinya kemudian memohon bercerai secara baik, namun ditolak oleh Ezany supaya permohonan nusyuznya sebelum ini tidak terbatal.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top