Alyah langgar kereta Ramli MS kerana marah
Ketika kontroversi yang lalu, Alyah mengaku telah melanggar kereta suaminya, Ramli MS kerana sudah hilang kawalan dan gagal mengawal emosi atas ‘perbuatan’ suaminya.
“Memang saya buat sebab masa itu saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar biarlah kami berdua saja yang tahu,” ujarnya.
Penyanyi ini turut memaklumkan yang beliau terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM11,000 akibat perbuataannya itu untuk membaiki semula bahagian depan keretanya yang remuk selepas kejadian yang berlaku di hadapan kediaman mereka.
Ramli MS dalam kenyataan sebelum ini berkata kekecohan di media sosial yang dimulakan oleh Alyah sebagai satu langkah tidak bijak oleh isterinya itu. Kami berharap sangat pasangan ini sudah temui jalan damai antara mereka. Bahaya main langgar langgar.
0 ulasan:
Catat Ulasan