Kamal Adli belajar lupakan Intan
Buat apa hendak dikenang kisah yang lalu? Biarlah ia berlalu pergi. Kehidupan perlu diteruskan,” tegas Kamal Adli
Luahan itu merupakan penutup duka lara aktor kacak ini. Katanya, dia kini sudah melupakan terus kisah cinta bersama Intan Ladyana yang telah dibina selama tujuh tahun.
“Semua orang sudah tahu. Kami sudah putus. Cukuplah. Sekarang, saya sudah melupakan dia walaupun sebelum ini pernah berusaha untuk kembali bersama,” kata pemilik nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli.
Mengaku pernah menerima tekanan apabila ‘ditolak’ cinta hatinya itu, Kamal memberitahu, dia bagaikan hilang arah dan punca.
“Memang pada mulanya, saya pernah hilang fokus dalam kerja saya tetapi kini saya sudah mula menerima semuanya sebagai ujian. Saya mahu bangkit semula dan untuk 2015, jadual saya sudah padat dengan penggambaran sehingga bulan Mac ini.
“Apa yang saya tahu sekarang, hanyalah kerja dan bukannya cinta,” kata Kamal yang masih belum berniat untuk mencari pengganti buat Intan.
Dalam drama Pergilah Air Mata, Kamal memegang watak Badrul seorang lelaki yang berkahwin dua. Isteri pertama merupakan seorang wanita bekerjaya, Dayana lakonan Izreen Azminda.
“Isteri kedua saya pula adalah wanita yang dikahwinkan dengan saya kerana ditangkap basah. Saya tidak rela dengan perkahwinan bersama Sabrina (Nelydia Senrose). Saya memang benci dengannya.
“Gandingan bersama Nelydia sangat bagus. Di lokasi, kami sentiasa menganggap kami adalah suami isteri. Ia dilakukan untuk menghayati watak yang kami bawa.
“Kerana cerita ini, saya juga perlu membaca novel Pergilah Air Mata walaupun saya tidak suka membaca,” katanya.
Sementara itu, nama Kamal juga tiba-tiba terkait dengan episod putusnya hubungan pasangan selebriti Emma Maembong dan Zizan Razak. Kamal didakwa sanggup meninggalkan set penggambaran semata-mata hendak mengambil Emma di lapangan terbang baru-baru ini.
Paling perit dia dituduh menjadi orang ketiga yang menjadi punca perpisahan Emma dan Zizan, baru-baru ini.
Bagi Kamal, semua itu adalah satu gosip bodoh yang mampu mencalarkan namanya.
“Biasalah orang single, ada-ada sahaja spekulasi yang timbul. Kait dengan orang itulah, orang inilah. Saya tahu, memang ramai yang menuding jari pada saya apabila kecoh kisah Emma dan Zizan berpisah baru-baru ini.
“Bila mereka putus, isu ambil Emma di lapangan terbang ditimbulkan semula seolah-olah betul saya ini merampas kekasih Zizan itu. Ingin saya tegaskan, gosip itu tidak benar.
“Apa yang saya tahu, Emma dan Zizan okey sahaja selama ini. Saya lihat mereka gembira dan saling sayang. Tidak tahu pula mereka berpisah. Sekarang semua orang pandang saya salah, kutuk saya. Benda ni macam tak ada motif langsung untuk tuduh saya rampas kekasih orang,” jelasnya.

0 ulasan:
Catat Ulasan