Kontroversi K-Pop: Isu Cabul Tidak Benar

Rentetan daripada kontoversi yang melibatkan aksi peluk cium kumpulan K-Pop B1A4 dengan gadis bertudung, akhirnya wakil daripada kumpulan tersebut tampil memberikan kenyataan.

Menurut kenyataan rasmi  wakil agensi kumpulan B1A4 iaitu WM Entertainment  menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan peminat itu telah dicabul oleh anggota kumpulan tersebut.

“Mengenai dakwaan yang menggatakan anggota kumpulan B1A4 mencabul peminat ketika di atas pentas itu merupakan tuduhan palsu dan ia tidak benar sama sekali!”


“Acara itu berkenaan dengan lakonan parodi untuk babak-babak romantik dalam filem dan drama.

“Sebelum mereka melakonkan babak tersebut, anggota kumpulan B1A4 telah bertanyakan kepada peminat.

“Malah hos juga telah bertanyakan perkara yang sama kepada mereka, setelah mendapat kebenaran barulah mereka melakukan aksi tersebut,” jelasnya seperti yang dilapor portal Allkpop.

Wakil agensi B1a4 juga turut memberitahu bahawa selepas ini mereka akan lebih berhati-hati dan peka mengenai perbezaan agama dan budaya pada masa akan datang.

“Kami melihat kejadian yang berlaku ini menerusi sudut perspektif yang berbeza.

“Jadi selepas ini pihak kami akan lebih berhati-hati  dan peka mengenai perbezaan budaya dan agama sesebuah negara.” katanya.

Terdahulu,  kumpulan B1A4 yang dianggotai oleh lima anak muda iaitu Gongchan, Sandeul, Baro, CNU dan Jinyoung telah menjemput peminat  bertuah dan secara kebetulan ia terdiri daripada wanita bertudung untuk menyertai aktivit di atas pentas.

Ativiti tersebut merupakan babak romantik dalam drama-drama bersiri popular Korea di mana peminat perlu beraksi bersama mereka seperti adegan tersebut.

Namun aksi itu telah mengundang kontroversi berikutan tersebarnya video tersebut yang menjadi viral.

Konsert 'B1A4 Live in Kuala Lumpur' telah berlangsung pada Sabtu bertempat di Live Center.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top