Maharaja Lawak Mega 2014: Persaingan makin sengit
Persaingan antara peserta semakin sengit memasuki minggu ke-10 pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014. Lebih-lebih lagi pada minggu lalu, kreativiti mereka dicabar dengan tema cerita seram.
Mungkin kedengaran mudah namun yang dicari juri adalah kelainan daripada idea-idea yang biasa disogokkan kepada penonton. Hasilnya, kebanyakkan kumpulan gagal menjauhkan diri dari menyuntik elemen klise seperti watak hantu langsuir dan pontianak dalam persembahan mereka.
Prestasi kumpulan Zero cukup mengecewakan apabila jalan cerita yang dipentaskan serba-serbi tidak kena apatah lagi 'punchline' langsung tidak menyengat.
Usaha Jalor untuk memastikan prop serta pakaian mereka menepati tema wajar diberi pujian tetapi sayang seribu kali sayang, seeloknya lebih banyak usaha ditumpukan pada skrip mereka. Ekoran dari kesilapan percaturan.
Ini sekaligus mendapat reaksi yang hebat daripada anggota kumpulan. Hinggakan salah seorang daripada mereka, Joey dengan lantang menyoal Datuk Jalaluddin Hassan jika beliau kurang senang dengan kumpulan mereka. Kecewa dengan komen panel juri, Joey juga meluahkan banyak yang telah mereka korbankan demi pertandingan tersebut dimana setiap anggota terpaksa berpisah daripada keluarga tercinta.
Namun tidak semua kumpulan gagal menarik perhatian juri. Shiro, seperti biasa, mempersembahkan satu kelainan yang cukup 'original' dan tak kurang kelakarnya. Bocey juga kekal dengan prestasi tinggi mereka, setiap 'punchline' meninggalkan penonton tidak kering gusi.
Sepahtu, walaupun hanya mengetengahkan Shuib disebabkan kesihatan Jepp yang tidak mengizinkan, masih mampu menyampaikan satu sketsa yang lucu. Nabil pula mendapat idea untuk membuat 'spoof' Awani News dengan membawa watak hantu bernama Ashwad Ismail.
Tetapi persembahan paling mengagumkan minggu ini jatuh kepada Virus. Selepas sembilan minggu berhempas pulas namun gagal meraih reaksi positif juri dan penonton, akhirnya mereka berjaya mementaskan satu persembahan yang mantap, sekaligus mendapat undian lima bintang.
Bagaimana pula pretasi mereka minggu ini? Berbeza dengan minggu sebelum ini, para peserta harus membuat 2 tema persembahan iaitu trend terkini dan juga radio. Bolehkah mereka memberikan persembahan yang bagus? Jangan terlepas menyaksikan Maharaja Lawak Mega 2014 setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika juga Mustika HD (Saluran 134) dan Astro on-the-go (Warna).

0 ulasan:
Catat Ulasan