Anak sulung Black lelaki, lahir tidak cukup bulan
Penyanyi Black terpaksa merahsiakan kelahiran anak sulungnya kelmarin kerana bimbang dengan keadaan bayi lelaki itu yang dilahirkan tidak cukup bulan.
Black atau nama penuhnya Hanifah Md Hanafiah, 28, berkata, keputusan berkenaan diambil bagi memastikan kesihatan bayi terbabit stabil terlebih dahulu sebelum dia berkongsi berita itu kepada umum.
"Bukan nak sorok pun. Tapi pada semalam (kelmarin) saya tidak mahu ia diketahui sesiapa kecuali keluarga dan rakan-rakan terdekat kerana saya risau dengan keadaan bayi yang lahir tidak cukup bulan.
"Hari ini alhamdulillah semuanya bertambah baik dan kini saya sudah sedia berkongsi berita gembira ini dengan semua," katanya.
Bayi seberat 2.09kg itu dilahirkan secara normal pada jam 7.48 malam Selasa di Sime Darby Medical Centre Subang Jaya dekat sini.
Bayi yang masih belum diberikan nama itu adalah anak pertama hasil perkahwinan penyanyi lagu Teman Pengganti itu dengan Cira atau Naquia Yasirah Mohd Khairi, 30.
Bayi itu dilahirkan sebulan lebih awal dari tarikh jangkaan pada Februari depan.
Menurut Black, isterinya berada dalam keadaan sihat dan masih ditahan di hospital untuk beberapa hari bagi memastikan bayi lebih stabil.

0 ulasan:
Catat Ulasan