Desas-desus yang mengatakan pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya, 30, bakal melangsungkan perkahwinan pada Mei ini memang benar.
Pengacara ini sudah pun mula mengedarkan kad jemputan perkahwinannya bersama wanita pilihan bernama Nurul Anati Binti Ismail.
Majlis perkahwinan pasangan ini akan diadakan pada 29 Mei 2011 di rumah pengantin perempuan yang terletak di Kampung Pengkalan Machang, To' Uban, Pasir Mas, Kelantan. Manakala, majlis menyambut menantu akan berlangsung pada 11 Jun di Perak.
Difahamkan, wanita pilihan Fedtri itu adalah seorang guru matapelajaran Fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong. Pasangan ini berkenalan menerusi laman sosial Facebook.
0 ulasan:
Catat Ulasan