Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn. Bhd., Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, Kempen Ikhlas Rumah Impianku ini adalah kerjasama Takaful Ikhlas dan Majalah Anjung Seri.
“Kerjasama pintar ini meliputi penyediaan pakar hiasan dalaman Anjung Seri untuk mereka ruang kediaman rumah impian pemenang Cabutan Bonanza,” kata beliau dalam kenyataannya di sini.
Syed Moheeb berkata, hadiah cabutan bertuah bagi Kempen Ikhlas Rumah Impianku ini berjumlah RM200,000, yang menawarkan hadiah utama pakej pengubahsuaian ruang kediaman serta barangan kelengkapan rumah dengan sentuhan idea rekaan pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah dan suaminya yang bernilai RM60,000 untuk seorang pemenang.
“Takaful Ikhlas memahami keadaan yang dialami setiap kakitangan kerajaan apabila hendak mengubah suai rumah dan perbelanjaan besar yang dihadapi ketika pengubahsuaian rumah tersebut.”
“Dengan itu, Kempen Ikhlas Rumah Impianku ini memberi peluang kepada mereka untuk mengubah suai rumah menggunakan kepakaran pereka hiasan dalaman yang terkemuka serta dapat menambah baik bilik atau kawasan tertentu rumah dan pengunaan barang-barang elektrik dan perabot bermutu,” kata Syed Moheeb.
Selain itu, terdapat juga hadiah sampingan bagi 10 orang pemenang yang bernilai RM5,000 manakala hadiah cabutan bulanan bernilai RM5,000 akan diberikan kepada lima pemenang bertuah.
Syed Moheeb menjelaskan bahawa Kempen Ikhlas Rumah Impianku ini dikhaskan untuk kakitangan kerajaan dan mereka yang memilih Takaful Ikhlas sebagai penyedia perlindungan takaful perumahan bagi pinjaman yang diluluskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dari 1 April 2011 hingga 30 September 2011.
“Kempen Ikhlas Rumah Impianku adalah kesinambungan usaha untuk menggalakkan kakitangan kerajaan yang mengambil pinjaman dengan BPP untuk memilih perkhidmatan Takaful Ikhlas sebagai syarikat takaful untuk melindungi pinjaman hartanah mereka,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan