KL Downtown Night Market Sdn. Bhd., (KL Downtown) bakal menganjurkan pertandingan karaoke, Downtown Idol 2011.
Pertandingan itu akan diadakan esok di Downtown @ Bukit Dukung, terletak bersebelahan kawasan Rehat & Rawat (R&R) Bukit Dukung, Lebuhraya Cheras-Kajang pada pukul 8 malam.
Pertandingan itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan berbakat. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 untuk juara, kedua RM1,000 dan tempat ketiga RM500 serta dua hadiah misteri untuk kategori Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik.P
eserta yang menarik perhatian juri profesional yang diketuai oleh komposer Nasir Datuk Ahmad Nawab, berpeluang untuk menjadi artis rakaman di bawah naungan syarikat beliau.
Juri-juri profesional lain adalah Rohana Jalil, Siti Fairuz, Zur Eda, Salwa Abdul Rahman dan Shidee serta penggiat-penggiat hiburan termasuk wartawan hiburan.
Setiap peserta digalakkan menyanyi menggunakan minus one yang disediakan penganjur. Setiap lagu dikenakan caj RM20.
Pertandingan karaoke Downtown Idol ini mendapat sokongan daripada majalah hiburan popular terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd., (UKSB), URTV yang juga merupakan majalah rasmi bagi pertandingan tersebut.
Pertandingan karaoke diadakan setiap Jumaat dan Sabtu, bermula 22 April, pukul 8 malam sehingga Jun ini.
Peringkat saringan akan dilangsungkan selama lapan minggu (dua bulan) berturut-turut sebelum masuk ke peringkat separuh akhir.
Pada malam esok dan lusa, artis-artis dibawa khas oleh URTV bakal mengadakan persembahan di situ untuk memeriahkan lagi acara.
Esok, Dafi dan Azza Elite akan tampil menghiburkan orang ramai dan malam berikutnya, giliran penyanyi Iesya dan Razis Ismail.
Kepada yang berminat, boleh menghubungi pejabat Downtown Bukit Dukung di talian 03-41475976, 03-87393424 atau 017-3887599 untuk mendapatkan borang atau keterangan.
0 ulasan:
Catat Ulasan