KENANGAN…Ipoh Loken simpan nostalgia tersendiri buat pemiliknya.

KEDAINYA menjual apa saja, asalkan barang lama. Peminat barangan lama memang sudah lama ada kumpulannya sendiri tetapi terlalu ramaikah mereka?

"Boleh saja lihat kumpulan�nya di Internet, memang ramai," kata Nurliza Alias, anak kelahiran Perak tetapi kini menetap di Shah Alam, Selangor.

  • TERUSKAN TRADISI…Nurliza menyusun sebahagian pinggan mangkuk lama yang memang popular di kalangan peminat.

  • SUSAH JUMPA…meja solek cermin bulat ini sukar ditemui kini.

Untuk memudahkan barangnya dipamerkan, pada Jun 2010, Nurliza membuka kedai yang dinamakan Ipoh Loken di Anggerik Mall, Shah Alam.

"Ia dinamakan Ipoh Loken kerana ada kenangan tersendiri. Ada sebuah pasar lambak yang menjual barangan lama di tempat yang sekarang dinamakan Memory Lane di Jalan Horley."Dahulu, sebelum berada di Jalan Horley, ia berada di tempat lain yang digelar Loken kerana terletak di Jalan Lam Loo King. Ipoh Loken memang tumpuan peminat barangan lama. Arwah bapa mentua saya juga berniaga barangan lama di situ. Jadi nama Ipoh Loken memang sentimental bagi saya," katanya.Bagi peminat barangan lama, kedai Nurliza nampak�nya sesuai untuk kaum lelaki mahupun perempuan. Selain peralatan pinggan mangkuk, ada juga koleksi lain seperti radio lama, tin minuman lama, telefon dan beg kotak lama. Ada yang sudah lebih 60 tahun usianya.

"Stok yang ada di sini ada yang dicari sendiri, ada juga yang diminta orang lain supaya menjual bagi pihak mereka.

"Sekiranya dapat jumpa barang yang kita cari, rasa seronok susah hendak digambarkan. Bagaikan jumpa emas rasanya," kata Nurliza, 45, sambil menjelaskan bagi menambah stok dan memenuhi permintaan pelanggan dia kena selalu melakukan pencarian.

Pencarian stok barangan membuatkan Nurliza perlu menjenguk ke pasar lambak antik yang lain seperti di Melaka, Seremban, Johor dan Singapura.

"Kalau ikutkan hati banyak lagi barang yang dicari tidak dijumpai, tetapi saya akan terus mencari. Ada yang memesan dan memberitahu ciri-ciri barang yang mereka mahu. Jadi pencarian itu semakin meluas," katanya.

Minat ibu kepada lima anak ini terhadap barangan lama sudah lama ada dalam dirinya.

"Seronok dapat berada di dalam bidang yang kita minat. Asalnya tidak terfikir hendak berniaga sebaliknya hanya minat mengumpul, tetapi bila sudah banyak barang dan orang pun berminat hendak beli, baru terfikir untuk menjual.

"Di rumah pun penuh dengan barangan lama yang diguna sekeluarga. Lagipun arwah bapa mentua pernah berpesan supaya kami meneruskan menjual barangan lama di tapak jualan kepunyaannya. Daripada situ, saya dan ahli keluarga suami menyambung perniagaan ini, bermakna tradisi keluarga dapat diteruskan," katanya.

Selain kedai di Anggerik Mall, keluarga Nurliza tetap meneruskan perniagaan di Memory Lane, Ipoh setiap pagi Ahad.

"Kebanyakan pelanggan berbangsa Melayu, ada juga daripada bangsa lain. Bagi peminat pinggan mangkuk biasanya mereka mencari satu set, tetapi untuk mendapat satu set memang sukar. Namun, apabila berkenan saja, mereka terus beli walaupun tidak cukup set.

"Menerusi alam siber, bukan hanya mudah mempromosi, proses jualan juga boleh dilakukan.

"Di Internet, ramai yang saling berhubung dan berkongsi minat yang sama. Boleh melihat koleksi yang masing-masing ada dan daripada situ, boleh juga membeli dan menjual.

"Ada pelanggan yang datang ke kedai saya setelah melihat gambar yang dipaparkan di blog dan Facebook saya. Mereka datang sebab mahu melihat sendiri barang itu," katanya.

Apa yang seronoknya menjual barang lama?

"Seronok kerana barang lama sangat cantik, unik dan menimbulkan nostalgia. Bara�ngan lama juga tak jemu mata memandang. Pinggan mangkuk contohnya, fesyen moden sekarang tidak boleh lawan daripada segi bunga, warna dan pembuatannya," katanya.

Pinggan mangkuk, cawan dan gelas rekaan dulu-dulu sangat berseni dan klasik membuat�kan rekaannya sentiasa malar segar. Ada pelanggan Nurliza yang mengumpul pinggan mangkuk daripada koleksi kangkung sahaja.

"Dia mengumpul semua, daripada jenis pinggan, cawan, teko dan lain-lain yang sebunga. Minatnya itu kerana nostalgianya di zaman kecil yang pernah menggunakan barang itu.

"Ada yang asalnya tidak minat tetapi jadi berminat setelah melihat barang yang ada di kedai ini. Ada pula yang asalnya menemani kawan kemudian mereka yang terjangkit pula meminatinya," cerita Nurliza mengenai gelagat pelanggannya.

Pinggan mangkuk memang antara barang yang paling diminati ramai dan mudah sekali larisnya. Nurliza sendiri semakin arif mengenai bunga dan reka bentuknya.

"Antara yang popular ialah bunga kangkung dan kekwa. Tetapi bunga ini pun ada
banyak versi dan warna. Lain orang lain minatnya. Ada yang mahu bunga yang sama tetapi warna berbeza. Setiap satu ada keistimewaan tersendiri," katanya.

Walaupun dia bertindak sebagai penjual barang lama, kerana kasihnya pada barang lama itu, ada barangan yang terasa sayang untuk dijual.

"Radio lama dan meja solek bercermin bulat antara barang yang amat saya sayang. Susah hendak mendapatkan barang ini dan sekiranya dijual belum tentu boleh dapat yang lain," katanya.

Proses pertama Nurliza apabila mendapat barang baru sebagai stok di kedainya adalah membersihkannya termasuk menyamak sesete�ngah barangan terlebih dulu sebelum dijual.

Pernah mempunyai kerjaya tetap sebelum berkahwin tetapi kemudian berhenti kerana mendapat anak pertama, Nurliza semakin dekat dengan minatnya pada barangan lama. Kini sudah 18 tahun dia mengumpul pengalaman di bidang berkenaan.

Bagi peminat barangan lama, boleh melayari Kedaiipohloken.blogspot.com.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top