Sinopsis Karma, TV9

Karma mengisahkan kehidupan bermadu dua wanita. Seorang menerima suratan hidupnya dengan hati terbuka, manakala seorang lagi berasa terancam dan enggan berkongsi kasih.

Karma yang olahan ceritanya hasil tulisan Erma sendiri, memaparkan kisah Karmila, pelakon popular berkahwin dengan lelaki berusia kerana cinta pandang pertama. Bagaimanapun, perkahwinan itu mendapat tentangan hebat daripada madunya.

Memilih lelaki berpengaruh dalam politik dan sudah berkeluarga sebagai teman hidup, niat murni Karmila lakonan Fouziah Gous dipandang serong oleh madunya, Puan Sri Waheeda (Ziela Jalil). Ini kerana, Karmila dianggap sanggup bermadu kerana harta.

Sukar menerima kenyataan suaminya, Tan Sri Fahrul Sani (Datuk Ahmad Tamimi Siregar) sudah jatuh cinta dengan wanita lain, maka hak sebagai isteri pertama perlu dipertahankan. Puan Sri Waheeda sentiasa mencari jalan menganiaya Karmila.

Poster Drama Karma

Pelbagai kedukaan dilalui Karmila dalam kehidupan bermadu yang sepahit hempedu itu. Mampukah Karmila bertahan menghadapi dugaan hidupnya?

Apakah kesudahan kisah cinta tiga segi yang tak direstui isteri pertama ini? Karma yang disiarkan di TV9 sejak 28 November lalu, ada jawapannya. Drama 14 episod ini disiarkan menerusi slot Ratu, setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam.

Info Karma
Kealpaan manusia dalam perbuatan, sering mendorong kita melakukan pelbagai perkara negatif yang tidak diduga. Semuanya demi kepuasan hati gara-gara keegoan diri yang enggan menerima kenyataan sehingga nilai kemanusiaan ditolak ke tepi.

Justeru, karma atau ‘pembalasan’ juga bukanlah perkara asing dalam kehidupan manusia. Ibarat percaturan roda yang berputar, tidak selamanya seseorang itu akan berada di atas kerana sampai masa pembalasan, ia takkan mampu dielak.

Ketika itu, semuanya mungkin sudah terlewat kerana setiap masa yang berlalu takkan boleh diundur. Jadi, apa saja yang ditetapkan Tuhan, ada pembalasannya. Oleh itu, sebagai manusia berakal, cubalah menerima dengan hati yang terbuka.

Perbuatan baik, dibalas baik. Jika sebaliknya pun, pembalasan tetap ada. Sebagai peringatan dan teladan bersama, kisah ‘Karma’ inilah yang dikongsikan pengarah berkaliber, Erma Fatima dalam karya terbarunya, Karma.

PROFIL DRAMA KARMA

DRAMA: Karma
TERBITAN: Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PENERBIT: Erma Fatima
PENERBIT EKSEKUTIF: Fadhilah Mohd Shariff
PENGARAH: Erma Fatima
PENOLONG PENGARAH: Noor Syahida Mohd Radzali
SKRIP: Erma Fatima

Trailer Karma

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top