Judul Album: Aliff Aziz
Artis: Aliff Aziz
Konsep Muzik: Pop
Terbitan: Sony Music Entertainment

Album Aliff Aziz berjudul Aliff Aziz

KOMEN: Mungkin remaja bawah 25 tahun paling sesuai untuk menghayati lagu-lagu dalam album Aliff Aziz ini. Ia berdasarkan kebanyakan lirik lagunya yang berkisar tentang dunia remaja. Daripada cerita dalam Facebook sehinggalah putus cinta antara elemen yang banyak disendatkan dalam album ini. Contohnya menerusi lagu Jangan Ganggu Pacar Ku dan Cinta Ya Cinta. Aliff mempunyai gaya suara yang sedap dan sesuai menyanyikan lagu balada atau sentimental. Dia juga ada gaya suara tersendiri.

Cuma gaya muzik termasuklah sebutan lirik Aliff seakan-akan cenderung ke arah lagu-lagu pop Indonesia masakini. Perkataan seperti pacar dan bisa yang lazimnya digunakan dalam bahasa Indonesia menyerlahkan kecenderungan tersebut. terdapat lapan lagu termasuk dua lagu bertajuk Dilema Cinta dan Jangan Ganggu Pacar Ku yang diolah dalam versi minus one.

Paling menjadi tumpuan tentunya lagu Dilema Cinta yang menggabungkan suara Aliff dan penyanyi antarabangsa, Hoa Ren dengan rentak sentimental yang tersendiri. Keseluruhannya album ini menampilkan lagu-lagu sentimental pop yang mampu membuai penghayatan para pendengar terutamanya golongan remaja.

Source: Utusan

1 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top