Brooklyn berulang kali mendendangkan lagu Here Comes The Sun nyanyian The Beatles melalui petikan guitar, manakala Romeo bermain dram.
Cruz yang gilakan balet nyata muncul yang terbaik kerana dia menari Breakdance untuk memeriahkan suasana.
Victoria berkata: “Ketika hendak tidur, mereka mula memainkan lagu Walk Like A Man. Ia lagu kegemaran mereka daripada The Jersey Boys.
“Cruz sangat pandai melakukan breakdance. Dia berpusing di atas kepalanya. Dia juga boleh melakukan tarian balet.
Walaupun ketiga-tiganya tidak takut berdepan dengan mikrofon, mereka belum ada penyanyi utama.
Mungkin Harper Seven boleh mengisi kekosongan itu dalam tempoh beberapa tahun lagi.
Dan mungkin juga mereka perlu tanyakan kepada ibu mereka dahulu untuk menceburi bidang muzik.
Victoria berkata: “Saya rasa mereka menggemari muzik kerana mengikut jejak langkah saya tetapi sebenarnya tidak.
“Tetapi mereka bijak mengenai fesyen. Saya suka memikirkan mereka memperolehnya daripada saya.”
Sekiranya tidak sibuk dengan alat muzik, mereka akan bermain papan roda.
David dan Victoria mengakui mereka sering membiarkan anak lelaki mereka bermain papan roda di pintu masuk ruang utama rumah kerana ia lebih selamat.
0 ulasan:
Catat Ulasan