Azza Elite telah sah menjadi isteri kepada Azlan Zulalily, 25. Azlan merupakan pramugara penerbangan Air Asia, .

Azlan sah bergelar suami kepada Azza di hadapan keluarga terdekat dengan 3 kali lafaz.

Dalam majlis pernikahan tersebut, Azza menerima 9 dulang hantaran dari pihak lelaki yang dibalas dengan 11 dulang hantaran.

Gambar Nikah Azza Elite- Azlan Zulalily

Azza telah menerima mas kahwin berjumlah RM300 dengan persetujuan wang hantaran sebanyak RM10,000.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis pernikahan tersebut termasuklah Rozita Che Wan, Roslan Shah, Abby Abadi, Watie dan Shasha.

Mengenali Azlan yang jarak umurnya sembilan tahun beza sejak dua tahun lalu, Azza mengharapkan perkahwinan kali ini tidak gagal seperti perkahwinannya terdahulu.

Malah, suami Azza telah memberitahu faktor umur bukan penghalang untuk dia menjadi suami kepada Azza yang bersikap lucu sehingga membuka hatinya untuk jatuh cinta pada wanita ini.

Majlis resepsi bakal mendapat tajaan dari pasaraya Mydin dan bakal diadakan pada tarikh yang masih belum ditetapkan lagi.

Azza yang popular dengan drama Sembilu ini telah mengenakan persalinan nikah hasil rekaan Syafeq Aiman berona krim bersama sentuhan dandanan Deq Sha.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top