Pelakon Ezany yang ada kilang kicap dan belacan menggunakan namanya sendiri berkata, sudah tiba masanya dia mengurangkan kesibukan kerja lakonan kerana dunia perniagaannya semakin maju.

Ezany berhasrat meninggalkan dunia lakonan dalam masa dua tahun lagi untuk memberi tumpuan terhadap dunia perniagaan yang diceburinya.

"Alhamdulillah, pergerakan perniagaan saya di landasan yang betul, begitu juga dengan tawaran lakonan yang diterima.

"Cuma, apabila melakukan dua kerja pada satu masa, ia agak memenatkan. Mujurlah isteri saya membantu mengendalikan perniagaan saya itu.

"Oleh itu saya membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti lakonan dalam masa dua tahun dan selepas itu mungkin saya terus berhenti menjadi pelakon," katanya.

Ezany yang juga mempunyai jenama pakaiannya sendiri iaitu “Grassjeans” turut merancang untuk mengembangkan lagi perniagaannya ke luar negara tidak lama lagi.

Dalam pada itu ramai tidak menyedari dia turut mengembangkan kerjaya lakonannya di negara seberang, Indonesia.


"Sebenarnya, saya mula mencuba nasib kerjaya lakonan di pasaran Indonesia sejak tahun 2005 lagi dan Alhamdulillah sudah banyak sinetron yang telah saya lakonkan.

"Malah, pihak produksi di sana memberi peluang kepada saya berlakon menggunakan Bahasa Malaysia selain meminta saya mendalami Bahasa Indonesia bagi memudahkan saya melibatkan diri dalam produksi negara itu.

"Bagaimanapun, saya tidak begitu fokus di pasaran Indonesia kerana seperti yang saya katakan tadi, kerjaya lakonan saya mungkin tidak akan lama," ujarnya.

Sehingga kini Ezany pernah muncul menerusi sinetron berjudul Soulmate, Kirimkan Kata Cinta, dan Cinta Buat Sasha.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top