Sinopsis Sassy Girl Chun Hyang
Sassy Girl Chun Hyang mengisahkan kisah cinta terhalang di antara Sung Chun Hyang dan Mong Ryong yang bertemu tanpa disangka akibat salah faham. Di sebalik semua kejadian menimpa mereka berdua dan pertengkaran mereka yang melucukan akhirnya melahirkan perasaan cinta.

Ternyata tiada jalan mudah untuk mendapat kesudahan yang membahagiakan kerana cinta mereka bakal diuji dengan kehadiran watak Hong Chae Rin (Park Si-Eun), bekas kekasih Mong Ryong dan Byeon Hak Do (Uhm Tae-Woong) seorang yang berpengaruh dan tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan cinta Chun Hyang.


Kisah bermula apabila Mong Ryong seorang pelajar nakal yang sering menimbulkan masalah di sekolah terpaksa berpindah dari Seoul selepas ayahnya, seorang ketua pegawai polis ditukarkan ke ke wilayah utara Jeolla, Namwon. Mong Ryong yang sangat mencintai Chae Rin tetap cuba berhubung dengannya walaupun hanya bertepuk sebelah tangan.

Pada suatu hari, Mong Ryong yang sering mengambil video untuk dikongsinya bersama Chae Rin, tanpa disengajakan terakam aksi Chun Hyang yang memalukan. Insiden bertukar telefon bimbit juga menyebabkan mereka terpaksa sering berhubung. Sehinggalah mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya menuntut di sekolah yang sama.

Di sebalik halangan menimpa percintaan Sung Chun Hyang dan Mong Ryong, terhimpun segala kenangan indah dan peristiwa gembira sepanjang perkenalan mereka.

Bagaimanakah kesudahan kisah cinta yang penuh ranjau duka ini? Jangan lupa saksikan Sassy Girl Chun Hyang, terbaik di saluran ceria, NTV7.

Sassy Girl Chun Hyang dibintangi pelakon utama Han Chae Young (sebagai Sung Chun Hyang) dan Jae Hee (Mong Ryong) , episod pertama drama ini mula disiarkan Rabu lalu menerusi slot Korean Series dan akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari sebanyak 24 episod.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top