Maher Zain memang sayang pada peminat Melayu yang banyak menyokong kerjayanya. Terbaru, Maher Zain muncul dengan 2 buah lagu Melayu khas buat peminat di Malaysia iaitu Ku Milik Mu dan Tuntutanku KepadaMu. Lagu melayu Maher Zain ini dimuatkan dalam album keduanya Forgive Me.

Maher Zain berkata dua buah lagu tersebut merupakan usahanya untuk memikat hati peminat-peminatnya yang kebanyakan terdiri daripada rakyat Malaysia.

"Dua buah lagu ini saya tujukan buat peminat-peminat saya yang kebanyakannya datang dari Malaysia dan sentiasa menyokong kerjaya dan dakwah saya.

Maher Zain Forgive Me Album

"Inspirasi dan lirik lagu ini datang dari saya sendiri tentang apa yang saya rasa tentang Allah.

"Namun liriknya telah digubah kepada bahasa Melayu dan saya gembira dapat menyanyikannya," katanya.

Berjaya mengutip jualan sebanyak 250 000 unit untuk album pertamanya, Thank You Allah, kini Maher Zain terus mengorak langkah dengan menerbitkan album keduanya sekali lagi disini.

Selain mengandungi lagi bahasa Melayu dan Inggeris album yang memuatkan 14 buah lagu kesemuanya turut memuatkan lagu bahasa Arab yang sememangnya menjadi dialek untuk kebanyakan lagu dakwah.

Album terbitan Awakening Worldwide LTD dan edaran bersama Inteam Records Sdn Bhd dan Warner Muzik ini sudah pun berada di pasaran muzik Malaysia sejak 2 April lalu dengan harga RM29.90.

Album Forgive Me itu juga boleh didapati secara online di laman web www.inteammobile.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top