Reen telah membawa pulang hadiah berjumlah RM70,000 termasuk wang tunai RM10,000, sijil simpanan premium RM25,000, barang kemas U Diamond RM12,000 dan pakej ke Sanur Bali.
"Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa, saya lepas uji bakat dan dapat tempat pertama. Terima kasih semua," kata Reen dalam nada sebak sebaik saja diumumkan pemenang dalam pertandingan yang berlangsung selama 11 minggu.
Sementara itu, naib juara, Hakim Yazid, 26, membawa pulang wang tunai RM5,000, Sijil Simpanan Premium RM15,000, barang kemas U Diamond RM8,000 dan juga percutian ke Phnom Penh, Cambodia.
Manakala Marina Jose, 23, yang memenangi tempat ketiga menerima wang tunai RM3,000, Sijil Simpanan Premium RM10,000, barang kemas U Diamond RM4,000 dan percutian ke Cherating Pahang.
Finalis lain ialah Fareth Agang, 21; Heri Aszomo, 24; Jalius Jaiban, 26; Nizen Ayob, 27; dan Theera Alias, 22 dan Sura Sojangi, 22.
Bagi hadiah khas Pelakon Terbaik, pemenang untuk kategori itu diberikan kepada Sura, sekali gus membolehkannya membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta Ipad 2 dan trofi sumbangan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang juga penaja utama program realiti itu.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Norhayati Ismail dan Penerbit Eksekutif Pilih Kasih, Rosyam Nor.
Pentas Akhir Pilih Kasih dipancarkan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad menerusi saluran TV2.
Sebanyak 50 peratus markah diberikan pengkritik tetap, Prof Madya Dr Abu Hassan, Fauziah Nawi dan Rosyam Nor, manakala 50 peratus lagi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).
Penonton juga disajikan dengan persembahan oleh Liyana Jasmay, Tiz Zaqyah, Qi Razali dan Johan As'ari.
0 ulasan:
Catat Ulasan