Farah Fauzana sekali lagi memenangi anugerah Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) untuk edisi ke 25 yang diadakan pada 8 April 2012. Farah Fauzana telah berjaya mengatasi pesaing dalam kategori yang sama iaitu Linda Onn, Raja Azura,Abby Fana dan Sharifah Shahira.

Kemenangan Farah Fauzana menepati ramalan banyak pihak dan peminat.

Tahniah ye Farah Fauzana! Teruskan kecemerlangan dalam bidang penyiaran.


Farah Fauzana Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai FaFau dilahirkan pada 7 Februari 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. Sebelum bertugas sebagai penyampai radio Hot FM pada 2006, Farah terlebih dulu bersama Era FM pada 2004-2005.

DI samping bergelar penyampai radio, Farah juga dikenali sebagai pengacara televisyen dan pelakon. Dia cukup popular menerusi program Melodi, selain Gadis Cuci dan Alahai Fafau. Farah turut berlakon dalam filem SH3 The Movie, Jin Notti dan Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami.

Farah telah memenangi Anugerah Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2007-2009. Dia juga memenangi Anugerah Pengacara TV Wanita Popular ABPBH 2005-2009.

Twitter Farah Fauzana
http://twitter.com/REALFAFAU

Calon Top 5 Penyampai radio wanita :
1 – Fara Fauzana
2 – Linda Onn
3 – Raja Azura
4 – Abby Fana
5 – Sharifah Shahira

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top