Zikir Terapi Munajat Fitri Haris

FITRI HARIS - ZIKIR TERAPI MUNAJAT
TERBITAN : ARTEFFECTS.SDN.BHD
PRICE : RM19.90

TRACKLISTING

01. Subhanallah, 02. Allah Allah, 03. Fasubhana 04. Hasbi Rabbi Jalallah, 05. Laisalaha, 06. Lailahaillallah 07. Astaghfirullah, 08. Tubna Ilallah 09. Suara Azan

Preview


Fitri Haris pernah menganggotai kumpulan nasyid Unic dan kemudian membawa haluan sendiri dengan bergerak secara solo.

Salah satu sebabnya kerana dia mengambil keputusan menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan pengurusan perniagaan.

Pada April ini, anak muda itu akan berangkat ke New Zealand untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana di salah sebuah universiti di sana.

Sebelum berhijrah itu, Fitri telah bekerjasama dengan Hafiz Hamidun, rakan baiknya yang pernah bersama-sama menganggotai Unic dan terhasil produk terbaru iaitu cakera padat berjudul, Zikir Terapi Munajat.

Hafiz bertindak sebagai penerbit untuk album itu dan kesemua melodi zikir terapi munajat adalah ciptaannya, termasuk sebuah lagu nasyid.

Kata Fitri, idea membuat album zikir terapi wujud sebaik mendengar album Zikir Terapi Diri daripada Hafiz. Dia bersyukur apabila temannya itu bersetuju untuk menerbitkan album tersebut.

Zikir Terapi Munajat adalah sebuah album yang menampilkan zikir munajat yang menjadi amalan harian umat Islam. Justeru, dengan adanya album itu, ia mempermudahkan lagi untuk menghafal zikir-zikir tersebut.

Malah zikir yang dimuatkan adalah mudah untuk dihafal, apatah lagi zikir tersebut dimelodikan agar pendengar mampu menghafal.

"Semoga dengan terbitnya album ini, maka tidak ada alasan lagi untuk seseorang individu itu menghafal zikir tertentu.

"Seperti kita ketahui, berzikir adalah amalan yang terbaik kerana kelebihannya tidak terhingga. Ia akan membuatkan kita sentiasa mengingati Allah SWT dan kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW," ujar Fitri.

Antara kandungan zikir yang dimuatkan di dalam album Zikir Terapi Munajat ialah Subhanallah, Allah Allah, Fasubhana, Hasbi Rabbi Jalallah, Laisalaha, Laillahaillallah, Astaghfirullah, Thubna Illallah dan sebuah lagu nasyid berjudul, Suara Azan sebagai bonus.

Mungkin ramai peminat nasyid telah lama menunggu produk terbaru daripada Fitri. Album terbitan Arteffects Sdn. Bhd. itu telah berada di pasaran sejak Mac lalu.

Ia dijual dengan harga RM19.90 dan diedarkan oleh Arteffects dengan kerjasama Warner Music (M) Sdn. Bhd.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top