Program Mencari Ramli

Segala-galanya bermula dengan iklan. Kisah seorang anak muda, Ramli mengharumkan nama Malaysia apabila beraksi dalam pasukan bola sepak tersohor, Manchester United mencetuskan ilham menerbitkan Mencari Ramli menerusi rancangan Kaki Bola.

Program realiti mencungkil pemain terunggul ini bakal direalisasikan bermula 30 April ini di TV9, jam 9.30 malam dalam segmen istimewa yang menawarkan ganjaran berlatih di Manchester selain menyaksikan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Program Mencari Ramli juga menjadi landasan kepada anak muda bawah 16 tahun yang berbakat besar dalam sukan bola sepak untuk diketengahkan sebagai pelapis pemain negara yang berwibawa.

Membuka peluang kepada 30 peserta untuk merebut gelaran Ramli, terdahulu setiap calon bakal menjalani latihan intensif dan mengharungi pelbagai halangan di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman.

Program realiti Mencari Ramli

Sepanjang 13 minggu beraksi di dalam pasukan, mereka perlu membuktikan keterampilan hebat dari pelbagai posisi termasuk pertahanan, serangan, pemain tengah dan menjaga gawang Perkembangan setiap calon dirakamkan dan disiarkan di dalam Kaki Bola menerusi segmen Mencari Ramli yang bakal dikendalikan Nazrudin Habibur Rahman selaku pengacara.

Sistem pemarkahan Mencari Ramli membabitkan dua pihak iaitu 80 peratus daripada penilaian jurulatih manakala bakinya menerusi sistem undian di web rasmi www.tv9.com.my/kakibola.

Bukan itu saja, calon juga berpeluang merebut gelaran Pemain Pilihan Ramai sekiranya mereka mendapat undian 100 peratus daripada sistem undian menerusi laman web rasmi Kaki Bola.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top