Kim Kardashian dan Kanye West dilaporkan sudah lama memendam cinta.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, walaupun hubungan selebriti popular Hollywood ini  baru berusia dua minggu, namun hakikatnya mereka sudah lapan tahun cuba berpasangan.


Kim dan Kanye, berkenalan semenjak 2004 dan cuba untuk mendekati satu sama lain, namun masa tidak pernah mengizinkan.

Mereka sentiasa menyimpan perasaan antara satu sama lain walaupun masing-masing sudah mempunyai pasangan.

Menurut sumber itu lagi, hubungan cinta mereka mula terjalin kuat sejak Kim bertemu dengan penyanyi rap itu dalam pertunjukan fesyen di Paris dan mula keluar bersama.

Harap-harapnya Kim Kardashian yang telah bergelar janda dapat membina kehidupan baru bersama Kanye West.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top