Walaupun sudah berkahwin, Datuk Malek Noor masih terkena tempias gossip liar yang cuba menyingkap kisah silamya. Malah, ada sesetengah pihak yang tidak yakin pada perkahwinannya itu kerana percaya bekas ahli bina badan negara itu seorang homoseksual atau gay.

Dalam satu temubual bersama Melodi tengahari tadi, Datuk Malek Noor tampil memberi komen tentang isu itu. Jelas beliau, dia tidak kisah dengan pendapat orang yang suka melemparkan fitnah. Jelas beliau, hanya dia yang tahu keadaan yang sebenar.

“Memang ada yang berkata-kata tentang perkahwinan saya ini. Ada yang kata saya kahwin kerana harta dan ada juga yang cuba mengaitkan saya dengan homoseksual. Sebenarnya, saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang. Saya sebenarnya tidak pandang pada harta kerana saya sendiri sudah ada banyak. Tentang dakwaan yang mengatakan saya suka pada lelaki itu pun saya tidak mahu jelaskan apa-apa. Saya sudah kena macam-macam sebelum ini. Bahkan, ada yang kata saya pernah bekalkan perempuan dari Hong Kong. Biarlah apa orang nak kata apa pun, saya tidak peduli,” ujar Datuk Malek Noor yang mengaku tidak suka dipuji dan mencari glamor.

#Gambar Malek Noor dari Facebook


Dalam masa yang sama, selebriti ini juga mengakui isterinya ,Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail tidak mudah percaya dengan cerita-cerita tidak berasas itu. Pasangan ini bernikah pada 12 Mac lalu di Kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Petaling Jaya.

Pasangan ini tinggal berasingan memandangkan Dr. Wan Asma, 52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu. Datuk Malek Noor berulang-alik ke Kota Bahru pada setiap minggu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top