Pelakon Filem Lelaki Popular dinobatkan milik Aaron Aziz di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) edisi ke 25 yang diadakan pada 8 April 2012. Aaron Aziz telah berjaya mengatasi Shaheizy Sam, Adi Putra Syamsul Yusof dan Bront Palarae.

Kemenangan Aaron Aziz menepati ramalan peminat yang setia menyokong kerjaya pelakon kacak bergaya tetapi sudah berumahtangga ini.

Tahniah ye Aaron Aziz.

Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh empat pengacara iaitu Zizan, Raja Azura, Sharifah Shahira dan Didie Alias.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Black, Amy Search, Siti, Stacy, Anuar Zain dan sebagainya.

ABPBH 2010 ialah edisi ke-25 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Edisi kali ini ditaja oleh Lux sebagai penaja utama.

Aaron Aziz


Aaron Aziz dilahirkan di Singapura, Aaron Aziz turut mengembangkan bakat lakonannya di kedua-dua negara terpisah oleh Selat Tebrau.

Mula dikenali di Malaysia dari penampilannya dalam drama Haryati pada 2004, Aaron yang terlebih dulu popular di Singapura terus berlakon di negara ini menerusi drama Sumayyah, Janji Diana, Emil Emilda, Sadiq & Co, Bulan Bertemu Matahari, Cinta Gila, Rahsia Hati, Kasih Tercipta, Tangkal Besi, Akinabalu dan banyak lagi.

Pelakon ini juga muncul di layar perak menerusi filem Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Shhh... Dia Datang, Evolusi KL Drift 2, Dua Alam, Datin Ghairah, KL Gangster dan Endless Days, dan yang paling terkini, Ombak Rindu.

Facebook dan Twitter Aaron Aziz

https://www.facebook.com/aaronmustaphaaziz
http://www.aaronaziz.com
https://twitter.com/Aaron535Aziz

Top 5 Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) edisi ke 25
1 – Aaron Aziz
2 – Shaheizy Sam
3 – Adi Putra
4 – Syamsul Yusof
5 – Bront Palarae

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top