Awi Rafael telah teringkir dalam Mania di bawah empayar pimpinan Aubrey Suwito. Awi Rafael yang berasal daripada Singapura, melahirkan rasa terima kasih kepada industri muzik Malaysia yang telah memberikannya peluang untuk berkarya di negara ini.

"Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menembusi pasaran dan membina nama di Malaysia. Negara ini menghargai semua bakat yang ada, tidak kira dalam bidang apa pun dan dari mana datangnya anda. Jika berpotensi pasti anda akan diterima.

Awi Rafael Mania

"Saya sudah melakukan yang terbaik walaupun sebenarnya saya masih belum puas beraksi di Mania untuk mengetengahkan lagi bakat saya.

"Tetapi dengan latar belakang muzik sebagai seorang penyanyi jalanan, untuk sampai ketahap ini ia sudah cukup membanggakan dan saya berharap ia menjadi inspirasi buat penyanyi-penyanyi baru yang lain," ujar Awi Rafael yang mahu menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud jika masih bertanding di dalam Mania.

Menurut Awi lagi, usia karjayanya di Malaysia yang baru mencecah setahun membuktikan muzik taruhannya ada peminat tersendiri.

M.Nasir dan Ahmad Dhani juga mengatakan bahawa persembahan Awi pada malam konsert Mania itu bagus. Namun mungkin kerana pertandingan ini ditentukan dengan SMS jadi ia tidak berpihak kepada Awi.

Ahmad Dhani juga berkata jika ada peluang dia akan membawa Awi Rafael ke Indonesia untuk mencari tapak di industri muzik di sana.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top