Fasha Sandha telah berjaya memenangi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) edisi ke 25 yang berlangsung pada 8 Apr 2012 di Arena of Star, Genting Highland, Pahang. Fasha telah berjaya mengatasi Tizz Zaqyah, Scha Alyahya Nora Danish dan Rozita Che Wan yang bersaing dalam kategori yang sama.

Tahniah ye Fasha Sandha!

Gambar Fasha Sandha di red carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Nur Fasha Sandha Hassan dilahirkan pada 28 Mac 1984, merupakan anak kelahiran Johor Bharu. Dia mula dikenali pada tahun 2002 ketika melibatkan diri dalam bidang pengiklanan dan dunia peragawati. Di samping terlibat dalam bidang sambilan ini, Fasha juga menuntut di Institut Kebudayaan Belia Negara dan berjaya mendapat diploma.

Fasha mula melibatkan diri dalam bidang seni lakon apabila diperkenalkan untuk filem "Black Maria" sebagai watak pembantu pada tahun 2003. Selepas itu, Fasha mendapat tawaran berlakon yang mencurah-curah bukan sahaja dari produksi filem, malah Fasha juga mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama sama ada untuk watak utama atau watak pembantu.

Bakat Fasha dalam bidang lakonan diiktiraf apabila beliau dianugerahkan Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2005-2007 dan 2010.

Twitter Fasha Sandha
http://twitter.com/FashaSandha1

Top 5 Pelakon TV Wanita Popular:
1 – Fasha Sandha
2 – Tizz Zaqyah
3 – Scha Alyahya
4 – Nora Danish
5 – Rozita Che Wan

1 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top