Fasha Sandha, Jejai selamat bernikah
Fasha Sandha selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai),
di Tingkat 30, Hotel Crowne Plaza Mutiara dengan dua kali lafaz.

Pasangan romantik ini dinikahkan oleh bapa Fasha sendiri, Hassan Mohaideen bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad dengan mas kahwin RM8,888.88.

Gambar Kahwin Jejai dan Fasha

"Saya bersyukur segalanya telah selamat berlangsung dengan baik. Setelah melalui pelbagai dugaan, akhirnya kami selamat diijabkabulkan. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat," katanya.

Ditanya mengenai pemilihan mas kahwin iaitu sebanyak RM 8888, Fasha memberitahu angka tersebut merupakan nombor kegemaran suaminya.

Enggan mendedahkan wang hantaran, Fasha telah menerima, tujuh dulang hantaran antaranya sebentuk cincin, beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Note.

Manakala sebagai balasan, Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran antaranya coklat, sebentuk cincin, dan sebuah buku berjudul Terima Kasih Atas Cinta Ini.

Mengulas mengenai pertukaran lokasi pernikahannya yang dijadualkan sebelum ini di kediamaannya kata Fasha, situasi tersebut berlaku kerana untuk memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir.

"Memang pada asalnya kami hendak buat di rumah saya, namun saya rasa ruang di rumah sempit akan membuatkan tetamu tidak selesa. Maka kami memilih hotel ini sebagai lokasinya agar dapat menjemput ke semua tetamu yang penting untuk hadir di majlis ini, "ucapnya.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terpilih sahaja iaitu keluarga kedua-dua belah pasangan iaitu kedua ibu bapa kandung Fasha, ayah tirinya Mohd Faisal, ayah Jejai, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, teman rapat, rakan artis dan wakil media. Antara rakan artis yang hadir ialah Tomok dan isteri, Didie Alias, Faradhiya, Nor Aliah Lee, Rebecca Nur Al Islam dan Nadia Mustafar.

Majlis diserikan oleh Linda Onn selaku pengacara. Mula berkawan secara rapat sejak empat tahun lalu, sifat matang dan bertanggungjawab yang dimiliki Jejai, akhirnya membuka pintu hati pelakon kelahiran Johor Bahru tersebut untuk menerimanya sebagai pasangan hidup.

~ Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top