Jessie J dikenali mempunyai stamina yang kuat ketika beraksi di pentas. Kelincahannya memukau peminat. Namun di sebalik prestasi Jessie J yang ternyata luar biasa, tidak ramai yang tahu bahawa penyanyi itu mempunyai masalah kesihatan yang sangat serius dan sehingga kini dia di bawah pengawasan doktor.

Menurut laporan Dailymail, Jessie mempunyai masalah penyakit strok sejak berusia 18 tahun lagi dan tahap kesihatannya tidak pernah normal seperti orang lain.

Jessie J gif

"Jessie mempunyai masalah kesihatan yang agak teruk sejak dulu dan perlu mendapat pengawasan doktor secara kerap.

"Memang dia tampak begitu aktif apabila mengadakan persembahan nyanyian, tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang penyakitnya itu," kata sumber.

Jessie turut berada di bawah pengawasan doktor walaupun sibuk dengan konsert jelajah mempromosikan albumnya itu.

Jessie J nampaknya tidak menjadikan alasan penyakitnya untuk memperlahankan kariernya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top