Johan (Raja Lawak) telah memenangi anugerah Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) edisi ke 25 yang diadakan pada 8 April 2012. Johan telah berjaya mengatasi Zizan Razak, Nabil, Along Cham dan Afdlin Shauki yang bersaing dalam kategori yang sama.

Tahniah ye Johan. Teruskan berlawak!

Johan Raja Lawak

Pelawak dan pengacara popular Johan telah memenangi tempat ke-3 Raja Lawak musim pertama dan pernah menjadi naib juara Maharaja Lawak (bergandingan dengan Zizan Raja Lawak.)

Johan juga giat dalam dunia filem, drama dan telemovie, termasuk telemovie Hang Pa La Hantu, Osman Berani, dan Halimah Jongang, drama seperti Rabunnya Cinta, Raja Lawak dan Semanis Janji (RTM) dan juga filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Bohsia dan Raya Tak Jadi.

Pada bulan September lalu, setelah lebih sebulan mengendalikan program “Riuh Pagi Era” Johan telah ditawarkan untuk menjadi penyampai tetap di stesen radio Era.

Twitter Johan Raja Lawak
http://twitter.com/johanrajalawak

Top 5 Artis Komedi Lelaki Popular:
1 – Zizan Razak
2 – Johan
3 – Nabil
4 – Along Cham
5 – Afdlin Shauki

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top