Eva bantu cari cinta sejati
Eva Longoria giat mempromosikan rancangan bersiri terbaru, Ready For Love.

Pemenang Golden Globe itu hari ini berkata: "Rancangan ini mengisahkan tentang pencarian cinta dan menjalin hubungan sebenar, sesuatu yang boleh dikaitkan dengan lelaki mahupun wanita.

"Saya teruja menjadi sebahagian pasukan yang inovatif membantu orang ramai mencari cinta sejati," katanya.

Ready For Love

Giuliana dan Bill Rancic akan menjadi pengacara rancangan itu yang akan mempersembahkan tiga lelaki yang mencari cinta sejati.

Tiga telangkai jodoh akan membantu lelaki berkenaan mencari wanita idaman mereka.

Lelaki berkenaan termasuk pakar kewangan antarabangsa Ben Patton, Penyanyi Plain White T's tim Lopez dan usahawan Ernesto Arguello.

Rancangan baru itu akan ditayangkan pada musim dingin 2012-2013.

Ia adalah masa yang tepat untuk Eva melancarkan siri baru berikutan drama komedi lakonannya, Desperate Housewives berakhir tahun ini selepas lapan musim.

Eva juga sedang mencari cinta sejati selepas berpisah daripada teman lelakinya lebih daripada setahun, Eduardo Cruz Mac lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top